awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bangunan di Tokyo, empat cedera

Agensi
Agensi
03/07/2023
07:59 MYT
Letupan bangunan di Tokyo, empat cedera
Stesen televisyen tempatan NHK melaporkan sekurang-sekurangnya empat orang dipercayai cedera akibat letupan tersebut - Foto/REUTERS
SATU letupan dilaporkan berlaku melibatkan sebuah bangunan di Shimbashi dekat Tokyo, Jepun, menurut polis tempatan.
Memetik laporan Xinhua, dalam kejadian sekitar pukul 3.20 petang waktu tempatan itu, letupan menyebabkan kebakaran di bangunan lima tingkat yang terletak kira-kira 300 meter dari Stesen Shimbashi.
Sementara itu, stesen televisyen tempatan NHK melaporkan sekurang-sekurangnya empat orang dipercayai cedera akibat letupan tersebut.
"Bunyi letupan juga kedengaran. Sebanyak 32 trak bomba berada di tempat kejadian," kata jurucakap bomba seperti dilapor media antarabangsa.
Insiden berkenaan turut menyebabkan serpihan bertaburan di sekitar bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada butiran lanjut berhubung punca dan mangsa yang terlibat dalam insiden letupan itu.
Topic Berkaitan
#letupan
#shimbashi
#Tokyo
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan