Skip to main content

Dunia

Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan

81611154744_madrid.jpg
MADRID:Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.

Menurut Datuk Bandar Jose Luis Martinez-Almeida, runtuhan itu berlaku sejurus selepas berlaku satu letupan di jalan Calle de Toledo, dipercayai akibat kebocoran gas.

Kelihatan asap keluar dari runtuhan, sementara pasukan penyelamat bergegas memindahkan sekumpulan warga emas dari rumah jagaan berdekatan.

Seorang pegawai gereja memaklumkan bahawa salah seorang sukarelawannya hilang dalam runtuhan tersebut.

Bangunan itu merupakan kompleks yang menyediakan latihan untuk paderi selain menghidangkan makanan untuk golongan gelandangan.

Advertisement

Must Watch Video