awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di pelabuhan Iran: Pemimpin dunia zahir ucapan takziah

Bernama
Bernama
28/04/2025
07:35 MYT
Letupan di pelabuhan Iran: Pemimpin dunia zahir ucapan takziah
Letupan yang berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan kemusnahan meluas di kawasan sekitar serta menjejaskan beberapa kawasan perindustrian di Bandar Abbas. - Gambar/ AP
TEHRAN: Para pemimpin dan pegawai dari pelbagai negara di seluruh dunia menzahirkan ucapan takziah atas kejadian letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee, Bandar Abbas, selatan Iran yang mengorbankan 40 nyawa, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Pemimpin negara, menteri luar dan pegawai kanan dari Qatar, Iraq, Afghanistan, Cuba, Venezuela, Pakistan, Turkiye, Jepun, Jordan, Rusia, Wilayah Kurdistan Iraq, Arab Saudi, Azerbaijan, Nicaragua dan Kuwait, dalam mesej berasingan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Iran.
Selain itu, pergerakan Hamas, Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), serta Lembaga Suruhanjaya Ekonomi Eurasia turut mengucapkan takziah.
Dalam perutusannya, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Moscow bersedia untuk mengambil langkah yang perlu serta menghulurkan bantuan bagi menangani kesan dan cabaran akibat insiden berkenaan.
Kementerian Luar Turkiye turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta seluruh rakyat Iran, selain mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih.
Sementara itu, Duta Besar Pakistan ke Tehran dalam ciapan di akaun X miliknya berkata: "Saya amat terkejut apabila mendapat tahu tentang letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee, Bandar Abbas yang dilaporkan menyebabkan ratusan mangsa cedera."
Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad bin Khalifa Al Thani serta timbalannya Sheikh Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani dan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani turut berkenan menyampaikan ucapan takziah secara berasingan susulan letupan maut di pelabuhan itu.
Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud turut berkenan menzahirkan ucapan takziah secara berasingan kepada Presiden Masoud Pezeshkian atas tragedi berkenaan.
Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan kemusnahan meluas di kawasan sekitar serta menjejaskan beberapa kawasan perindustrian di Bandar Abbas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shahid rajaee
#letupan pelabuhan
#Iran
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan