Skip to main content

Dunia

Letupan di terminal eksport utama gas asli Qatar, 54 cedera 18 masih hilang

Sumber: X/Oyala Post
Pihak berkuasa Qatar berkata letupan itu berlaku ketika pekerja sedang berusaha memulakan semula operasi di loji Barzan. - Gambar/ X Oyala Post
Advertisement

DOHA: Sekurang-kurangnya 54 orang cedera manakala 18 lagi masih belum dapat dikesan selepas satu letupan menggegarkan Bandar Perindustrian Ras Laffan di Qatar lewat Ahad, menurut Kementerian Dalam Negeri Qatar pada Isnin, lapor Xinhua.

Ras Laffan, yang menempatkan terminal eksport utama gas asli Qatar pernah menjadi sasaran serangan Iran semasa perang dan kekal ditutup selama beberapa minggu selepas itu.

Pihak berkuasa Qatar berkata letupan itu berlaku ketika pekerja sedang berusaha memulakan semula operasi di loji Barzan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement