awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan gas di hotel: 22 maut, 74 cedera di Havana

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2022
02:04 MYT
Letupan gas di hotel: 22 maut, 74 cedera di Havana
Anggota keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat susulan letupan di Hotel Saratoga, Havana, Cuba, 6 Mei 2022. (Foto AP)
LETUPAN kuat yang berlaku di hadapan sebuah hotel lima bintang di Havana, ibu negara Cuba, pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 74 lagi.
Berdasarkan laporan awal, punca letupan Hotel Saratoga itu setakat ini dikenal pasti akibat kebocoran gas, menurut Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel.
“Ia sama sekali bukan letupan bom atau satu serangan. Ia cuma satu kemalangan," katanya kepada media sebaik meninggalkan Hospital Calixto Garcia di mana kebanyakan mangsa dirawat.
Antara yang maut termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak.
Ketika ini, kerja-kerja menyelamat masih sedang giat dijalankan.
Pihak berkuasa percaya masih ada mangsa hidup, tertimbus akibat letupan yang menyebabkan dinding hotel berkenaan runtuh.
Hotel Saratoga ditutup kepada pelancong ketika letupan berlaku, susulan pandemik COVID-19, namun terdapat pekerja hotel yang berada di dalamnya.
Gambar yang diterbitkan media tempatan menunjukkan sebahagian besar dinding luar bangunan itu musnah, sehingga mendedahkan beberapa bilik di hotel berkenaan.
BACA: Empat maut kejadian letupan sebuah hotel di Havana
Foto AP
Foto AP
Hotel 96 bilik itu ditetapkan untuk dibuka semula dalam masa beberapa hari akan datang dan pekerja di lokasi difahamkan sedang membuat persiapan terakhir.
Kenderaan seperti bas dan kereta di sekeliling hotel berkenaan musnah akibat letupan. Dua jam selepas kejadian, bau busuk dapat dihidu di udara.
Hotel ini dibina pada penghujung abad ke-19 dan menjelang 1930-an, ia merupakan salah satu hotel terkemuka di bandar itu.
Ia dibuka semula pada 2005 selepas kerja-kerja pengubahsuaian.
Topic Berkaitan
#letupan
#Havana
#gas bocor
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan