awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan gegarkan ibu kota Syria, tiada kerosakan dilaporkan

Bernama
Bernama
07/12/2025
20:45 MYT
Letupan gegarkan ibu kota Syria, tiada kerosakan dilaporkan
Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad. - Gambar fail Reuters
DAMSYIK: Satu letupan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik, pada Ahad, menurut saksi tempatan, lapor Xinhua.
Media tempatan berkata, letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan - sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Presiden - di pusat bandar. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Langkah keselamatan diperketatkan di Damsyik dan bandar-bandar lain ketika rakyat Syria berkumpul di seluruh negara bagi memperingati 8 Dis 2024, iaitu ketika serangan pantas pejuang Hayat Tahrir al-Sham dan kumpulan sekutu memasuki ibu kota selepas kemaraan dari utara Syria, memaksa Assad melarikan diri ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Damsyik
#Syria
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan