awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan gudang mercun dan bunga api di Narathiwat, pemilik serah diri

Bernama
Bernama
06/08/2023
05:25 MYT
Letupan gudang mercun dan bunga api di Narathiwat, pemilik serah diri
Seramai 11 orang maut, manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan pada 29 Julai 2023. -Gambar fail/AP
SONGKHLA: Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri pada Sabtu (5 Ogos).
Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia semalam sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.
"Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubah suai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang--undang darurat di Selatan Thailand," katanya pada satu sidang media di sini.
Sebelum ini, Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke negara ini.
Pada 29 Julai lepas, seramai 11 orang maut , manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan.
Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3.05 petang (waktu tempatan).
Selain itu, 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gudang penyimpanan mercun dan bunga api
#Mundok Sungai Kolok Narathiwat
#polis thailand
#pemilik gudang serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan