awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan Jakarta: Pelaku bom bunuh diri disyaki bawa periuk diisi peledak

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
25/05/2017
05:53 MYT
Letupan Jakarta: Pelaku bom bunuh diri disyaki bawa periuk diisi peledak
Maklumat resit itu menunjukkan pelaku disyaki membeli panci di Daerah Pandalarang di Jawa barat pada 22 Mei lalu. - AP Photo/Dita Alangkara
Polis Indonesia menemui bahan bukti, iaitu resit pembelian periuk ataupun panci yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan dalam insiden serangan bunuh diri yang meragut lima nyawa termasuk tiga anggota polis di di kawasan Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.
Menurut Penerbit Kompas TV Bima Marzuki, pelaku bom bunuh diri itu disyaki membawa periuk itu diisi dengan peledak serta paku dan peluru buckshot.
"Apa yang kami tahu, polis sudah menjumpai bahan bukti, iaitu resit pembelian panci yang digunakan sebagai bahan bom.
"Maklumat resit itu menunjukkan pelaku disyaki membeli panci di Daerah Pandalarang di Jawa barat pada 22 Mei lalu," kata Bima dalam satu temubuat bersama Astro AWANI.
Sementara itu, sehingga kini masih tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.
"Jika kita lihat sejarah serangan bom di Indonesia, ia agak berbeza dari serangan di tempat lain di mana pelaku biasanya mengaku.
"Di Indonesia, sangat jarang mereka mengaku," kata Bima.
Setakat ini, 5 orang maut iaitu tiga polis dan dua pengebom bunuh diri, manakala 10 lagi cedera parah yang kini sedang dirawat.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Jakarta
#letupan bom
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan