INTERNATIONAL
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas

Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga. -Gambar fail/AP
MANILA: Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis.
Ringkasan AI
- Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros menjejaskan 11,791 keluarga, melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
- Seramai 4,630 keluarga telah ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 677 keluarga menerima bantuan di luar pusat pemindahan.
- Bantuan bernilai PHP6.43 juta telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan, dan organisasi bukan kerajaan.
Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan menyediakan bantuan bernilai PHP6.43 juta kepada keluarga yang terjejas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami