KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Negara Islam pada Sabtu meluluskan ketetapan menuntut Israel serta merta menamatkan keganasan ke atas Semenanjung Gaza selain menolak tindakan melancarkan perang atas sebab mempertahankan diri atau bagi mewajarkannya atas apa jua alasan.
Sidang kemuncak itu juga menugaskan menteri luar Arab Saudi, Jordan, Mesir, Qatar, Turkiye, Indonesia, Nigeria dan Palestin untuk memulakan tindakan segera bagi pihak semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab.
"... untuk merumuskan satu langkah antarabangsa bagi menghentikan perang di Gaza dan untuk memberi tekanan bagi membolehkan proses politik dilaksakan bagi mencapai keamanan yang kekal dan menyeluruh mengikut ketetapan antarabangsa," menurut resolusi yang disiarkan oleh Saudi Press Agency (SPA).
Mesyuarat berkenaan berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz di Riyadh, dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Sidang kemuncak itu juga menyeru negara anggota OIC dan Liga Arab untuk mengenakan tekanan diplomatik, politik dan undang-undang dan mengambil sebarang tindakan pencegahan untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh pihak penceroboh.
Para pemimpin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil keputusan yang mengikat dan tegas untuk memaksa serangan dihentikan dan mengekang pihak penceroboh daripada melanggar undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa.
"Tidak mengambil sebarang tindakan dianggap sebagai bersubahat yang seakan membenarkan Israel untuk meneruskan serangan kejam yang membunuh orang tidak bersalah, kanak-kanak, warga emas dan wanita, serta menyebabkan Gaza hancur dan musnah," menurut ketetapan itu.
Selain itu, para pemimpin Islam juga menyeru semua negara untuk menghentikan eksport senjata dan peluru kepada pihak penceroboh yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan rumah, hospital, sekolah, masjid, gereja dan segala kemudahan yang ada.
Mereka juga menggesa pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyelesaikan siasatan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel di semua wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Para pemimpin menugaskan Sekretariat Agung OIC dan Liga Arab untuk memantau pelaksanaan siasatan itu dan menubuhkan dua unit pemantau khas undang-undang bagi mendokumentasikan jenayah Israel yang dilakukan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Unit itu kemudian akan menyediakan prosiding undang-undang mengenai semua pelanggaran yang dilakukan oleh Israel dan menyerahkan laporan mereka kepada Majlis Liga Arab di peringkat menteri-menteri luar dan majlis menteri-menteri luar OIC.
Laporan berkenaan perlu diserahkan dalam tempoh 15 hari selepas pembentukan unit itu.
Sidang kemuncak itu juga mengutuk tindakan memaksa hampir satu setengah juta rakyat Palestin berpindah dari utara ke selatan Semenanjung Gaza yang merupakan jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva Keempat 1949 dan Protokol 1977.
Para pemimpin menyeru pihak-pihak dalam konvensyen secara kolektif mengecam dan membantah tindakan itu dan menggesa semua organisasi PBB menentang percubaan pihak penceroboh untuk meneruskan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
Semua penduduk yang diusir perlu dibenarkan kembali semula ke kediaman dan wilayah mereka.
"(Kami) membantah sepenuhnya dan bersama-sama menentang secara kolektif sebarang percubaan untuk memindahkan, mengusir atau mengasingkan rakyat Palestin secara individu atau besar-besaran, sama ada di Semenanjung Gaza, Tebing Barat termasuk Al-Quds (Baitulmaqdis) atau di luar wilayah mereka ke mana-mana destinasi, dan semua tindakan itu dianggap sebagai jenayah perang," menurut resolusi itu.
Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan yang lepas telah mengorbankan lebih 11,000 nyawa, dengan sebahagian besar terdiri penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Beribu-ribu penduduk pula masih tidak dapat dikesan dan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibedil.
Menurut pertubuhan hak asasi manusia, pengeboman oleh Israel menyaksikan pesawat pejuangnya menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, yang bersamaan dengan dua bom nuklear.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Menurut pertubuhan hak asasi manusia, pengeboman oleh Israel menyaksikan pesawat pejuangnya menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt. - Gambar fail/AP
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata