KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Asean di Melbourne, Australia pada Khamis, beliau mengetengahkan keyakinan kukuh mengenai ekonomi Malaysia, menjangkakan peningkatan pelaburan, prestasi ekonomi dan prospek yang lebih baik bagi ringgit tahun ini.
Selain membentangkan petunjuk ekonomi utama yang menggariskan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan bertambah baik, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan yang stabil.
"Malaysia sudah kembali. Saya yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dan masa depan kami sebagai rakyat dan negara. Pada 2023, kami merealisasikan lonjakan 23 peratus dari segi pelaburan langsung yang diluluskan kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak RM329.5 bilion.
"Kami yakin jumlah ini akan bertambah pada 2024, dengan manfaat yang semakin meningkat untuk rakyat, apabila pelaburan komited diterjemahkan kepada projek baharu, pekerjaan bergaji tinggi baharu, peluang baharu untuk pemindahan teknologi dan penambahan kemahiran dan ya, peningkatan prospek untuk ringgit," katanya pada persidangan itu yang dihadiri oleh pegawai peringkat ketua pegawai eksekutif di sana.
Anwar turut mengutarakan program transformasi dinamik yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia MADANI, di samping menekankan semua perkara itu diterjemahkan kepada persekitaran politik, ekonomi serta sosial yang lebih baik dan kondusif untuk pelabur antarabangsa.
"Malaysia MADANI lebih daripada kembali kepada nilai tradisional, atau penerapan nilai-nilai murni baharu. Kerangka visi itu merupakan program kerajaan yang komprehensif dan mendalam bertujuan membangunkan perubahan yang pada dasarnya positif, namun transformatif dalam dasar fiskal, pembaharuan subsidi dan semangat tadbir urus yang lebih tinggi di samping peningkatan prestasi peserta ekonomi swasta.
"Dalam program transformasi MADANI kami terdapat tonggak ekonomi baharu: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu, yang akan menyokong transformasi kami kepada ekonomi Abad Ke-21 yang lestari, lebih mampan dan lebih makmur," katanya.
Perdana Menteri berada di Melbourne, mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Malaysia-Australia kedua pada 4 Mac serta Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia, dihoskan oleh Australia, yang diadakan dari 5 hingga 6 Mac, 2024 untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog Asean-Australia.
Anwar kini berada di Canberra sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi berturut-turut ke negara itu, atas jemputan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Anwar menyatakan keyakinan kukuh mengenai ekonomi Malaysia, menjangkakan peningkatan pelaburan, prestasi ekonomi dan prospek yang lebih baik bagi ringgit tahun ini. - Gambar/ Bernama
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.