awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok

Bernama
Bernama
15/03/2025
05:30 MYT
Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Insiden berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja. -Bernama
BANGKOK: Seramai lima orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok awal pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Lima orang maut dan sekurang-kurangnya 27 cedera selepas kren pembinaan runtuh di Chom Thong, Bangkok.
  • Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
  • Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan EXAT menilai tahap kerosakan.

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.
Menurut pihak berkuasa Thailand, insiden berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong, menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja.
"Sekurang-kurangnya lima lelaki maut dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.40 pagi (waktu tempatan).
Runtuhan itu berlaku kira-kira 200 meter dari pintu masuk lebuh raya apabila rasuk konkrit jatuh ke atas struktur lebuh raya sedia ada," menurut pihak berkuasa pada Sabtu.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, sementara Pihak Berkuasa Lebuhraya Ekspres Thailand (EXAT) melakukan penilaian terhadap tahap kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kren pembinaan
#projek lebuh raya
#kren runtuh
#Chom Thong Bangkok
#Lebuhraya Ekspres Dao Khanong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan