Skip to main content

Dunia

Lima maut selepas feri terbakar di perairan Filipina

Five dead after Philippine ferry catches fire
Seramai 43 individu berjaya diselamatkan dalam operasi menyelamat yang dijalankan sejurus selepas kebakaran dilaporkan. - Foto REUTERS
Advertisement

MANILA: Lima orang dilaporkan maut manakala beberapa lagi masih hilang selepas sebuah feri terbakar di perairan berhampiran Pulau Palawan, Filipina, pada Rabu malam.

Pengawal Pantai Filipina (PCG) dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran berlaku di atas feri MV June Aster ketika kapal itu berada di perairan Coron, Palawan.

Menurut PCG, seramai 43 individu berjaya diselamatkan dalam operasi menyelamat yang dijalankan sejurus selepas kebakaran dilaporkan.

Rakaman yang dikeluarkan pihak berkuasa menunjukkan api marak membakar sebahagian feri berkenaan, manakala anggota penyelamat dilihat menguruskan mayat mangsa yang ditempatkan dalam beg mayat.

Bagaimanapun, jumlah sebenar penumpang dan kru yang berada di atas feri ketika kejadian masih belum dapat dipastikan.

Pihak berkuasa juga belum mengesahkan jumlah individu yang masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan di kawasan perairan berkenaan.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Insiden itu menambah kepada siri kemalangan maritim yang berlaku di Filipina, sebuah negara kepulauan yang sangat bergantung kepada pengangkutan laut untuk menghubungkan ribuan pulaunya.

Must Watch Video

Advertisement