Skip to main content

Dunia

Lima maut, tiga cedera dalam runtuhan tanah di China

BEIJING, July 25 (Reuters) - Five people were killed and three injured after ​a loess collapse buried ‌a house in a village in northern China's Shanxi province, state-owned ​Xinhua News Agency said ​on Saturday. * All eight people ⁠trapped in the collapse in ​Haoyi village, Hongtong county, have ​been found, the county's emergency management bureau said. Five showed no signs ​of life, while three ​were taken to hospital and were in ‌stable ⁠condition.
Lebih 550 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan petugas perubatan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. -Foto Reuters
Advertisement

BEIJING: Lima individu disahkan maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian runtuhan tanah loes memusnahkan sebuah rumah di Kampung Haoyi, Daerah Hongtong, wilayah Shanxi di utara China pada Jumaat.

Agensi berita Xinhua melaporkan kesemua lapan mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu berjaya ditemukan pasukan penyelamat tempatan.

Pejabat Pengurusan Kecemasan daerah berkata lima mangsa yang ditemukan disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku pada jam 6.49 petang waktu tempatan sebelum menimbus keseluruhan struktur sebuah kediaman di kawasan berkenaan.

Susulan insiden itu, lebih 550 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan petugas perubatan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Sebanyak 130 aset termasuk jentera pengaut, kren, dron serta alat pengesan hayat digunakan dalam operasi berkenaan bagi membantu mengesan mangsa yang tertimbus.
 

Must Watch Video

Advertisement