awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lombong arang batu runtuh ragut 11 nyawa di barat daya Pakistan

Bernama
Bernama
12/01/2025
13:07 MYT
Lombong arang batu runtuh ragut 11 nyawa di barat daya Pakistan
Lombong arang batu yang terletak kira-kira 40km dari Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, runtuh selepas letupan pada lewat Khamis.
ISLAMABAD: Pasukan penyelamat di selatan Pakistan menemukan mayat 11 pelombong yang terkorban dalam runtuhan lombong arang batu, lapor agensi berita Jerman pada Ahad, memetik kenyataan pegawai. Insiden itu menyerlahkan kebimbangan berterusan mengenai keselamatan dalam sektor perlombongan di rantau itu.
"Kami masih mencari mayat seorang lagi pelombong," kata ketua pegawai lombong Abdul Ghani Baloch, yang berada di lokasi kejadian.
Lombong arang batu yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, runtuh selepas letupan pada lewat Khamis, menyebabkan semua 12 pelombong tertimbus.
Pelombong yang terperangkap itu berada pada kedalaman kira-kira 5,000 kaki di bawah permukaan tanah, dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih 50 jam untuk mengeluarkan mayat berkenaan.
Ghani berkata satu kes telah didaftarkan terhadap pemilik lombong, yang didakwa menghantar pekerja syif kedua masuk ke lombong tanpa melakukan pemeriksaan keselamatan wajib.
Keadaan kerja yang buruk di lombong arang batu di wilayah Balochistan, yang kaya dengan mineral, kerap mengakibatkan kemalangan maut, dengan banyak kejadian tidak dilaporkan.
Persekutuan Pekerja Lombong Pusat Pakistan menganggarkan kira-kira 150,000 orang bekerja dalam sektor perlombongan di negara itu, dengan lebih 100 kematian dilaporkan setiap tahun akibat kemalangan berkaitan perlombongan.
Balochistan, wilayah terbesar di Pakistan, turut menempatkan pelabuhan laut dalam yang dibina China sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing, dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), yang bertujuan menghubungkan pasaran di Timur Tengah dan seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong arang batu
#lombong runtuh
#Quetta
#Pakistan
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan