Skip to main content

Dunia

Lori tangki rempuh tujuh kereta, 4 maut

81623376424_milktankertruck.jpg
PHOENIX: Empat terbunuh dalam insiden pelanggaran membabitkan sebuah lori tangki susu yang merempuh tujuh kenderaan di Lebuhraya Phoenix, Amerika Syarikat.

Kemalangan yang turut menyebabkan sembilan cedera itu dilaporkan berlaku apabila lori tangki berkenaan gagal mengawal kelajuan ketika kesesakan trafik.

Menurut bomba Phoenix, enam daripada sembilan yang cedera itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Akibat pelanggaran, tangki muatan susu terpisah dari lori dan dilaporkan tercampak ke pembahagi jalan.

Pihak berkuasa tempatan menolak kemungkinan lori tangki itu mengalami kerosakan.


Advertisement

Must Watch Video