awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan 'balas dendam' ke atas Israel

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2023
23:50 MYT
Lubnan 'balas dendam' ke atas Israel
Impak bedilan roket pada tingkap yang dilancarkan dari Lubnan ke bandar Shlomi pada Khamis. - Foto AP
TEL AVIV: Bedilan roket bertubi-tubi dilancarkan dari Lubnan menyasarkan Israel pada Khamis, sehari selepas insiden serangan ganas rejim Zionis ke atas jemaah Palestin di Masjid al-Aqsa.
Pasukan Pertahanan Israeal (IDF) memaklumkan, ia mengenal pasti 34 roket Katyusha yang dilancarkan dari wilayah Beirut ke Tel Aviv.
"Kira-kira 25 daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan udara kami. Sebanyak lima roket lagi bagaimanapun berjaya mendarat di wilayah Israel," ujarnya dalam satu kenyataan merujuk kepada serangan 'balas dendam' yang dilancarkan sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan, ia sedang mengawasi perkembangan situasi keselamatan dan akan melakukan penilaian bersama ketua agensi berkaitan.
Perkhidmatan Kecemasan Israel memberitahu, dua individu cedera akibat terkena serpihan roket tersebut malah siren amaran turut dibunyikan di bandar Shlomi dan Moshav Betzet serta Galilee di utara Tel Aviv.
Susulan tindak balas dilancarkan Beirut, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (INFIL) menggesa semua pihak supaya bertenang.
"Keadaan semasa agak serius dan langkah segera untuk meredakan situasi tersebut perlu diambil segera bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk," kata jurucakap pasukan itu yang melakukan rondaan di kawasan sempadan antara Lubnan-Israel.
Menurut laporan media tempatan di Beirut, Israel turut melancarkan serangan balas dari kedudukan mereka di sempadan ke pinggir dua perkampungan di negara tersebut, namun IDF menafikan perkara tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#lubnan
#Masjid Al-Aqsa
#roket Katyusha
#IDF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan