KAHERAH: Pemangku Perdana Menteri Lubnan Najib Azmi Mikati pada Khamis berkata Beirut mengecam pelancaran roket dari selatan negara itu ke arah Israel, dengan tentera Lubnan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat insiden itu, lapor Sputnik.
Pada Khamis, Angkatan Pertahanan Israel mengesahkan 34 roket telah dilancarkan dari wilayah Lubnan ke utara Israel, dengan 25 daripadanya berjaya dipintas.
Tentera Israel menuduh kumpulan Palestin terbabit dalam serangan itu, yang berlaku sehari selepas polis Israel menyerbu masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, salah satu tapak paling suci Islam, bertempur dengan rakyat Palestin dan menangkap ratusan orang.
Serbuan itu dikecam dunia Arab.
"Lubnan secara mutlak menolak sebarang peningkatan tindakan ketenteraan dari wilayahnya serta penggunaan wilayah Lubnan untuk operasi yang boleh membawa kepada ketidakstabilan," kata Mikati pada pertemuan dengan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, seperti yang dipetik oleh pejabatnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihak berkuasa Lubnan mengutuk pelancaran roket dari selatan negara itu, dan tentera dan pasukan UNIFIL kini meningkatkan siasatan mereka.
Perdana Menteri berkata semua pasukan yang beroperasi di selatan negara itu memberitahu Beirut bahawa mereka mengutuk pelancaran roket itu.
-- BERNAMA
TAG: Lubnan, pelancaran roket, siast, pasukan interim PBB di Lubnan,, tentera Lubnan, Najib Azmi Mikati
Bernama
Fri Apr 07 2023
Kesan roket di jalan yang dilancarkan dari Lubnan ke Shlomi. - Foto AP
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Roket Starship milik Elon Musk meletup selepas 4 minit dilancarkan
Elon Musk meletakkan sasaran untuk melancarkan roket Starship, yang sepanjang 120 meter itu, dalam satu pengembaraan mengelilingi bumi.
Lubnan kutuk pelancaran roket dari selatan negara itu, insiden disiasat
Beirut mengecam pelancaran roket dari selatan negara itu ke arah Israel.
NASA sekali lagi batal pelancaran roket bulan
Setakat ini tiada maklumat segera mengenai bila NASA mungkin mencuba untuk melancarkan roket itu lagi.
Rusia catat rekod baharu lancar roket tanpa kemalangan
Roscosmos berjaya melancarkan 70 pelancaran roket tanpa sebarang kemalangan sejak tiga tahun berturut-turut.
Jokowi pelawa Elon Musk tinjau potensi tapak pelancaran SpaceX di Indonesia
Musk berhasrat menghantar sebuah pasukan ke Indonesia pada Januari depan untuk mengkaji peluang kerjasama berkenaan.