awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron mulakan lawatan ke Asia Tenggara dengan kunjungan pertama ke Vietnam

Bernama
Bernama
25/05/2025
23:10 MYT
Macron mulakan lawatan ke Asia Tenggara dengan kunjungan pertama ke Vietnam
Macron tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, menandakan lawatan rasmi pertama ke Vietnam oleh seorang presiden Perancis dalam hampir satu dekad, di Hanoi, Vietnam, 25 Mei 2025. REUTERS
ANKARA (Turkiye): Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Vietnam pada Ahad, menandakan lawatan pertama oleh pemimpin Perancis ke negara Asia Tenggara itu dalam tempoh sedekad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Lawatan negara selama tiga hari itu merangkumi pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam dan Presiden Luong Cuong, selain menghadiri majlis menandatangani beberapa perjanjian dua hala, menurut portal berita berbahasa Inggeris tempatan, Vietnam News.
Ini merupakan lawatan pertama Macron ke Vietnam sejak beliau memegang jawatan pada 2017.
Lawatan itu menyusul selepas kunjungan rasmi To Lam ke Perancis pada Oktober tahun lepas, yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan mereka kepada "perkongsian strategik komprehensif."
Perancis dan Vietnam menjalinkan hubungan diplomatik pada peringkat duta pada April 1973.
Perdagangan dua hala mencecah US$5.42 bilion tahun lepas, dengan US$1.79 bilion dicatatkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Selepas lawatan ke Vietnam, Macron dijadual ke Jakarta untuk bertemu Presiden Indonesia Prabowo Subianto, sebelum ke Singapura, di mana beliau dijangka menyampaikan ucaptama pada Dialog Shangri-La pada Jumaat.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada strategi Perancis untuk memperkukuh penglibatan ekonomi dan menyaingi pengaruh China yang semakin meningkat di rantau Indo-Pasifik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Vietnam
#lawatan rasmi
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami