awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024

Bernama
Bernama
11/01/2024
04:30 MYT
Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHCR 2024
Di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI, Maghribi telah memantapkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia dalam Perlembagaan 2011.
RABAT: Maghribi pada Rabu dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi tahun 2024.
Daripada 47 ahli UNHCR, sebanyak 30 telah mengundi menyokong pencalonan Maghribi berbanding Afrika Selatan yang sekadar menerima 17 undi, menurut kenyataan Kementerian Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.
Menurut Agensi Berita Maghribi (MAP), kejayaan itu merupakan isyarat jelas daripada masyarakat antarabangsa untuk pendekatan konstruktif kerajaan dan kepimpinan, termasuk dalam isu berkaitan agama, toleransi dan perjuangan menentang perkauman, hak untuk persekitaran yang sihat dan mampan, hak pendatang dan kesan teknologi baharu.
Di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI, Maghribi telah memantapkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia dalam Perlembagaan 2011 yang sekali gus menghasilkan momentum pembaharuan berterusan, termasuk mengukuhkan demokrasi, kesaksamaan jantina, penyertaan secara inklusif dan pemerkasaan belia.
Maghribi berhasrat untuk terus aktif bersama-sama ahli majlis dan semua kumpulan serantau bagi mengukuhkan dan mempromosikan kerja-kerja UNHCR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNHCR
#Maghribi
#presiden UNHCR
#2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan