awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Magic Kingdom dan Animal Kingdom Disney World dibuka semula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2020
12:41 MYT
Magic Kingdom dan Animal Kingdom Disney World dibuka semula hari ini
Magic Kingdom dan Animal Kingdom di Florida dibuka semula hari ini. - Gambar AP
Taman tema terbesar Magic Kingdom dan Animal Kingdom di Orlando, Florida dibuka semula hari ini selepas ditutup empat bulan susulan penularan wabak COVID-19.
AP melaporkan, dua lagi taman tema iaitu Epcot dan Disney Studios Hollywood pula akan dibuka pada Rabu ini.
Pembukaan itu dilakukan selepas negeri itu berjaya membendung jangkitan baharu termasuk beberapa sekatan yang telah ditarik kembali.
Semua taman tema Disney di Orlando ditutup sejak Mac lalu selepas Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan virus itu sebagai pandemik.
Taman tema Universal Orlando dan SeaWorld Orlando yang sebelum ini ditutup sekitar waktu yang sama bagaimanapun telah dibuka beberapa minggu yang lalu dengan prosedur keselamatan serta saringan kesihatan yang dipertingkatkan.
Antara peraturan baharu itu adalah membabitkan pemakaian topeng, pemeriksaan dan penjarakan sosial.
Pengunjung juga diwajibkan membuat tempahan terlebih awal sebelum memasuki taman tema berkenaan.
Sungguh pun begitu, pertunjukan bunga api dan persembahan yang boleh menarik orang ramai masih ditangguh.
Topic Berkaitan
#Animal Kingdom Walt Disney World
#COVID-19
#Hollywood
#Magic Kingdom
#penjaran sosial
#SeaWorld Orlando
#topeng muka
#Universal Orlando
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan