awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah India bebaskan semua 12 yang disabitkan kes letupan tren Mumbai 2006

Bernama
Bernama
21/07/2025
15:48 MYT
Mahkamah India bebaskan semua 12 yang disabitkan kes letupan tren Mumbai 2006
Mahkamah Tinggi Bombay pada Isnin membebaskan 12 individu yang sebelum ini disabitkan dalam kes letupan tren Mumbai 2006, termasuk lima daripadanya yang kini berada dalam hukuman mati. - Foto hiasan
NEW DELHI: Mahkamah Tinggi Bombay pada Isnin membebaskan 12 individu yang sebelum ini disabitkan dalam kes letupan tren Mumbai 2006, termasuk lima daripadanya yang kini berada dalam hukuman mati, menurut pegawai kehakiman, lapor Xinhua.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap semua tertuduh dan membatalkan keputusan bertarikh 30 Sept 2015 yang dikeluarkan oleh mahkamah khas di bawah Akta Kawalan Jenayah Terancang Maharashtra.
"Pendakwaan gagal sepenuhnya membuktikan kes terhadap tertuduh. Sukar untuk mempercayai bahawa mereka yang melakukan jenayah ini. Oleh itu, sabitan terhadap mereka dibatalkan dan diketepikan," menurut keputusan Mahkamah Tinggi Bombay.
Mahkamah turut mempersoalkan kebolehpercayaan beberapa saksi pendakwaan serta proses pengecaman terhadap sebahagian tertuduh, dan mengarahkan pembebasan mereka sekiranya tidak diperlukan untuk ditahan dalam mana-mana kes lain.
Mahkamah juga menyatakan bahawa bahan letupan, senjata dan peta yang dirampas semasa siasatan kelihatan tidak berkaitan dengan letupan tersebut. Malah, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan jenis bom yang digunakan dalam serangan berkenaan.
Pada 11 Julai 2006, tujuh bom meletup dalam tempoh 10 minit ketika waktu puncak petang di beberapa tren komuter di Mumbai, pusat kewangan dan hiburan India, mengorbankan 189 orang dan mencederakan lebih 800 yang lain.
Letupan berlaku berhampiran stesen Matunga Road, Mahim Junction, Bandra, Khar Road, Jogeshwari, Bhayandar dan Borivali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi Bombay
#bebaskan individu
#letupan tren Mumbai 2006
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan