awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Mahkamah Jerman putuskan 'coklat Dubai' mesti berasal dari Dubai

Bernama
Bernama
28/06/2025
13:38 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Jerman putuskan 'coklat Dubai' mesti berasal dari Dubai
Mahkamah berpendapat bahawa apa-apa produk yang dinamakan "coklat Dubai" mesti benar-benar berasal dari Dubai, kerana pengguna boleh terkeliru. - Gambar hiasan/AP
COLOGNE: Mahkamah di Jerman memutuskan bahawa rangkaian pasar raya diskaun Aldi Sud tidak lagi boleh menjual coklat popular berlabel "coklat Dubai" kerana ia sebenarnya dihasilkan di Turkiye, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah di Cologne pada Jumaat itu membatalkan keputusan mahkamah rendah sebelum ini dan adalah muktamad, namun ia dikeluarkan dalam prosiding ringkas. Jurucakap mahkamah berkata masih belum jelas sama ada mana-mana pihak akan memulakan prosiding penuh selepas ini.
Aldi Sud telah menjual coklat Alyan Dubai Handmade Chocolate sejak Disember lalu. Bagaimanapun, seorang pengimport konfeksi telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menghentikan penjualan tersebut atas alasan bahawa coklat berkenaan dihasilkan di Turkiye seperti yang tertera pada bahagian belakang bungkusan.
Aldi berhujah bahawa pengguna telah lama memahami istilah "coklat Dubai" sebagai merujuk kepada sejenis produk yang diisi dengan pistachio kadayif (mi rangup) dan bukannya sebagai penunjuk asal usul produk.
Namun, mahkamah berpendapat bahawa apa-apa produk yang dinamakan "coklat Dubai" mesti benar-benar berasal dari Dubai, kerana pengguna boleh terkeliru.
"Adalah memadai apabila sekitar 15 hingga 20 peratus pengguna masih mengaitkan istilah tersebut dengan lokasi geografi tertentu," kata mahkamah dalam penghakiman.
Jurucakap Aldi Sud berkata syarikat itu akan meneliti alasan penuh penghakiman tersebut.
Beliau menambah bahawa coklat tersebut telah dikeluarkan daripada jualan sebagai langkah berjaga-jaga sejak awal pertikaian undang-undang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coklat dubai
#mahkamah jerman
#pasar raya
#aldi sud
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami