Skip to main content

Dunia

Mahkamah Rusia denda Google AS$92,000 atas dua kes gagal padan kandungan haram

51725960490_TBGOOGLE.jpg
Badan pemantau media Rusia, Roskomnadzor, berulang kali mengarahkan Google untuk memadamkan kandungan dilarang, namun syarikat itu gagal mematuhinya. - Gambar fail
Advertisement

MOSCOW: Mahkamah Tagansky di Moscow mengenakan dua denda berjumlah 7.6 juta rubel (AS$92,000) ke atas syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google kerana gagal memadamkan maklumat yang dilarang di Rusia, lapor wartawan RIA Novosti pada Rabu.

"Google didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Artikel 13.41 Bahagian 2 Kanun Pentadbiran Rusia (kegagalan memadamkan maklumat yang dilarang di wilayah Rusia) dan didenda 3.8 juta rubel," kata hakim semasa mengumumkan keputusan bagi kes kedua.

Dua prosiding pentadbiran difailkan terhadap syarikat itu di bawah artikel yang sama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan sebanyak 7.6 juta ruble.

Badan pemantau media Rusia, Roskomnadzor, berulang kali mengarahkan Google untuk memadamkan kandungan dilarang, namun syarikat itu gagal mematuhinya, yang membawa kepada prosiding pentadbiran berkenaan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement