awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi Pakistan putuskan pilihan raya wilayah dalam tempoh 90 hari

Bernama
Bernama
01/03/2023
10:30 MYT
Mahkamah Tinggi Pakistan putuskan pilihan raya wilayah dalam tempoh 90 hari
ECP telah dikritik oleh PTI kerana tidak mengumumkan tarikh pilihan raya selepas kerajaan di wilayah berkenaan dibubarkan. - Foto
NEW DELHI: Mahkamah Tinggi Pakistan pada Rabu memutuskan bahawa pilihan raya di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa perlu diadakan dalam tempoh 90 hari, sekali gus menamatkan ketidakpastian berhubung isu itu.
Kerajaan di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa telah dibubarkan pada Januari sebelum penggal lima tahun tamat di saat bekas perdana menteri Imran Khan dari parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) cuba mendapatkan mandat baharu dan meningkatkan tekanan bagi pilihan raya umum di seluruh negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) telah dikritik oleh PTI kerana tidak mengumumkan tarikh pilihan raya selepas kerajaan di wilayah berkenaan dibubarkan.
Perkara itu membawa kepada perbalahan, dengan Presiden Arif Alvi pada 20 Feb mengarahkan pilihan raya wilayah diadakan pada 9 April.
Panel lima anggota Mahkamah Agung Pakistan, diketuai Ketua Hakim Negara Umar Ata Bandial, dalam keputusan 3-2 memutuskan bahawa pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari seperti tertakluk dalam undang-undang Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#Pakistan
#pilihan raya
#ECP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan