awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump

Bernama
Bernama
15/07/2024
21:45 MYT
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Tandatangan Smith dilihat pada muka surat 44 dokumen pertuduhan Jabatan Kehakiman AS ke atas Trump, yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman di Washington, AS, 9 Jun 2023. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Aileen Cannon menolak pertuduhan tambahan terhadap bekas Presiden Donald Trump dalam kes dokumen sulit terhadapnya, menurut satu perintah yang difailkan pada Isnin, lapor Sputnik.
"Permohonan bekas Presiden Trump untuk Menolak Pertuduhan Berdasarkan Pelantikan dan Pembiayaan Tidak Sah 'Special Counsel' Jack Smith telah diluluskan mengikut Perintah ini.
"Pertuduhan Tambahan ini ditolak kerana pelantikan 'Special Counsel' Smith melanggar Klausa Pelantikan Perlembagaan Amerika Syarikat," kata perintah itu.
Penggunaan peruntukan tetap tanpa had oleh Smith juga melanggar Klausa Peruntukan Perlembagaan AS, kata perintah itu.
Smith pada mulanya mendakwa Trump dengan 37 pertuduhan berkaitan dakwaan penyalahgunaan bahan sulit, dan kemudian memfailkan pertuduhan tambahan dengan menambah tiga lagi pertuduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#dokumen sulit
#Jack Smith
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan