awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahmud Abbas mahu pecat PM Salam Fayyad

AFP
AFP
06/04/2013
09:59 MYT
Mahmud Abbas mahu pecat PM Salam Fayyad
Presiden Palestin, Mahmud Abbas mungkin akan memecat Perdana Menteri Salam Fayyad selepas Fatah mengkritik pentadbiran kerajaan beliau sebagai "tidak tersusun dan keliru."
Seorang anggota Majlis Revolusi Fatah yang enggan identitinya dikenali mendedahkan, Abbas cenderung memecat Fayyad daripada jadi ketua kerajaan dan akan melantik perdana menteri yang baru.
"Saya lebih marah kepada kerajaan berbanding anda semua … tetapi saya tidak mahu kata apa-apa lagi. Tunggu tiga hari," kata sumber itu memetik ucapan Abbas dalam mesyuarat di Ramallah.
Isu pokok yang jadi perbalahan mereka ialah perletakan jawatan Menteri Kewangan Lembaga Palestin yang ditolak oleh Abbas tetapi diterima oleh Fayyad.
Nabib Qassis mengumumkan perletakan jawatannya pada 2 Mac lepas tetapi tidak memberikan sebarang alasan. Abbas ketika itu berada di luar negara.
"Abbas memberitahu Fayyad sekiranya Nabil Qassis tidak kembali ke Kementerian Kewangan, beliau akan memecat kerajaan sedia ada dan membentuk kerajaan baru," kata anggota majlis itu.
Majlis Revolusi Fatah pada Jumaat turut mengecam kerajaan Fayyad. Ia adalah kritikan terbuka yang pertama.
"Dasar-dasar kerajaan Palestin sekarang tidak tersusun dan mengelirukan dalam banyak isu termasuk kewangan dan ekonomi," kata majlis itu dalam satu kenyataan.
Fayyad, 61, merupakan bekas pegawai Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Beliau mula dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin ketika kekecohan krisis Fatah dan Hamas yang membawa kepada penguasaan sepenuhnya Hamas ke atas Gaza pada Jun 2007.
Hamas tidak pernah mengiktiraf kedudukan Fayyad sebaliknya mengangkat pemimpinnya sendiri, Ismail Haniyeh sebagai perdana menteri.
Lembaga Palestin kini berdepan krisis belanjawan yang tenat yang disifatkan oleh sesetengah anggota kerajaan itu sebagai "krisis kewangan terburuk" sejak penubuhannya pada 1994.
Krisis itu diburukkan lagi apabila beberapa negara penderma tidak menunaikan ikrar memberi bantuan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Arab, dan selebihnya, kesan tekanan yang dikenakan oleh Israel.
Fayyad dimasukkan ke hospital selama tiga hari minggu ini dan keluar wad pada Rabu. Beliau kini berehat di rumah atas nasihat doktor.
Topic Berkaitan
#fatah
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#pecat
#Salam Fayyad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan