awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu lambai ayah, budak 6 tahun maut kepala tersepit permainan roda Ferris

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2019
03:55 MYT
Mahu lambai ayah, budak 6 tahun maut kepala tersepit permainan roda Ferris
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia apabila kepalanya tersepit ketika menaiki permainan roda Ferris di sebuah pesta ria pada Rabu malam. -Foto prioritas.id
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia apabila kepalanya tersepit ketika menaiki permainan roda Ferris di sebuah pesta ria pada Rabu malam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai MDM, 6, maut setelah mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Pasar Malang, Taman Lanceng, Kecamatan Kapongan, Situbondo.
Menurut laporan portal Surabayainside.com, mangsa yang berkunjung ke tapak pesta itu bersama keluarganya menaiki permainan roda Ferris sendirian tanpa ditemani ayahnya.
Ketika permainan itu berpusing ke atas, mangsa dilihat menjenguk keluar untuk melambai ayahnya yang berada di bawah.
Ayah mangsa yang nampak kejadian itu bergegas meminta petugas menghentikan permainan roda Ferris tersebut.
Mangsa dibawa ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan namun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Topic Berkaitan
#cedera parah di kepala
#Kecamatan Kapongan
#kepala tersepit
#MDM
#Pasar Malang
#Roda Ferris
#Situbondo
#Taman Lanceng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan