awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Bandaraya Copenhagen namakan semula dataran utama kepada 'Palestine Square'

Bernama
Bernama
07/03/2025
15:04 MYT
Majlis Bandaraya Copenhagen namakan semula dataran utama kepada 'Palestine Square'
Keputusan itu dibuat di bangunan Majlis Bandaraya Copenhagen, berikutan beberapa perbincangan dan ia diluluskan pada Jumaat, dengan 29 undi menyokong. - Adobe Stock
COPENHAGEN : Majlis Bandaraya Copenhagen secara rasmi meluluskan cadangan untuk menamakan semula satu daripada dataran utama di ibu negara itu kepada "Palestine Square."
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan, keputusan itu dibuat berikutan beberapa perbincangan dan diluluskan pada Jumaat, dengan 29 undi menyokong.
Dataran itu, yang terletak di daerah Norrebro antara Norrebrogade, Esromgade dan Hillerodgade akan dinamakan semula secara rasmi pada 1 April 2025.
Nama baharu, "Palestine Square" mencerminkan sokongan berterusan Denmark untuk Palestin dan rakyat Palestin.
Komuniti Palestin di Denmark menyambut baik keputusan itu, melihatnya sebagai bukti hubungan erat antara Denmark dan Palestin.
Mereka menyifatkan langkah menamakan semula dataran itu menunjukkan solidariti Denmark kepada perjuangan Palestin, mengesahkan pendirian negara itu dalam menyokong hak Palestin dan usaha mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan.
Ahli Majlis Bandaraya juga melahirkan rasa bangga dengan keputusan itu, menegaskan ia mewakili sokongan rakyat Denmark untuk perjuangan Palestin dan hak mereka untuk menubuhkan negara merdeka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis bandaraya copenhagen
#Denmark
#palestine square
#dataran utama kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan