awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar susulan serangan hospital di Gaza

Bernama
Bernama
18/10/2023
04:50 MYT
Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar susulan serangan hospital di Gaza
Menurut kenyataan jurucakap PBB, mesyuarat itu dijadualkan pada 10 pagi waktu tempatan (1400GMT) dan akan dijalankan dalam format debat terbuka. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut kenyataan jurucakap PBB, mesyuarat itu dijadualkan pada 10 pagi waktu tempatan (1400GMT) dan akan dijalankan dalam format debat terbuka.
Draf resolusi dari Brazil menggesa "humanitarian pause" di Gaza, akan diundi pada mesyuarat itu.
Sebelum ini, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu bersama-sama menggesa sidang tergempar Majlis Keselamatan.
Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist pada Selasa, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra kepada AA.
Menurut wartawan agensi berita itu, beribu-ribu penduduk Palestin berada di hospital ketika bangunan itu dibom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#PBB
#serangan hospital
#tindakan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan