awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Menteri Itali lulus dekri usir pendatang tanpa izin

Bernama
Bernama
28/09/2023
10:15 MYT
Majlis Menteri Itali lulus dekri usir pendatang tanpa izin
Meloni berkata, peraturan baharu itu tidak lagi melindungi pendatang yang memberi maklumat pengenalan diri yang mengelirukan. - Gambar/ AP
ROM: Majlis Menteri-menteri Itali pada Rabu meluluskan dekri yang memudahkan pengusiran pendatang tanpa izin, lapor Sputnik memetik Perdana Menteri Giorgia Meloni.
"Kami mahu menyegerakan pengusiran pendatang tanpa izin yang berbahaya, menyediakan perlindungan sepenuhnya kepada semua wanita dan kanak-kanak, dengan peraturan baharu ini tidak lagi melindungi pendatang yang memberi maklumat pengenalan diri yang mengelirukan," kata Meloni di media sosial.
Dekri baharu itu memperuntukkan semakan yang lebih pantas untuk mengetahui usia sebenar pendatang tanpa izin.
Majoriti pelarian yang tiba di Apennines lazimnya memberikan maklumat palsu tentang latar belakang diri palsu kepada pihak berkuasa tempatan dan berpura-pura berusia bawah umur.
Mulai sekarang, seorang pelarian akan didapati bersalah sekiranya memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa dan boleh dihukum mengikut undang-undang.
Pada pertengahan September, 11,000 pendatang tanpa izin tiba di Apennines dalam tempoh seminggu - hampir dua kali ganda lebih banyak daripada penduduk tetap.
Pihak berkuasa sedang mengambil langkah-langkah untuk mencegah krisis pendatang yang semakin meningkat.
Sejak Januari, lebih 132,000 pendatang tiba melalui laut, menurut anggaran Kementerian Dalam Negeri Itali. Dalam tempoh yang sama tahun lepas, bilangan migran melebihi 68,000 orang.
Itali menggesa Brussels supaya mengambil tindakan segera berhubung situasi penghijrahan dan menuntut pengagihan migran yang adil di bawah skim perkongsian sukarela EU.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#pendatang tanpa izin
#pelarian
#usir pendatang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan