Kerenah bikorasi melibatkan perjalanan darat antara Malaysia dan Brunei akan diselesaikan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata kerajaan Brunei secara prinsip bersetuju untuk menyelesaikan isu birokrasi di sempadan bersama dengan Malaysia menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal.
"Jawatankuasa teknikal ini mengkaji kaedah mempermudahkan perjalanan darat tanpa semakan pasport," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM12.5 bilion di sini hari ini.
"Perkara ini sedang diteliti dan mungkin kita akan dapat kata putus tidak lama lagi," katanya.
Najib berkata sekarang rakyat Malaysia terutama sekali di Sarawak dan Sabah serta rakyat dari negara Brunei terpaksa melalui lapan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang ada di Sarawak, Sabah dan Brunei.
Beliau berkata keadaan ini menyebabkan pasport pemilik yang sering berulang-alik antara Sarawak, Sabah dan Brunei dicop sebanyak 16 kali.
Mengenai pembinaan Jambatan Batang Lupar, perdana menteri berkata jambatan sepanjang lima kilometer tersebut dijangka dibina pada 2018 dan perbincangan dengan kerajaan negeri sedang dijalankan memandangkan kos pembinaan ditanggung bersama dengan kerajaan persekutuan.
"Kos dianggarkan RM1 bilion dan bila siap akan menjadi antara jambatan terpanjang Asia Tenggara," katanya.
Beliau berkata apabila siapnya jambatan tersebut, Sarawak bakal mempunyai dua lebuh raya yang akan memberi faedah kepada penduduk di pesisiran pantai dan pedalaman negeri ini.
Jambatan itu, kata Najib, akan menjadi sebahagian lebuh raya pesisir Sarawak yang akan menghubungkan penduduk kawasan pesisiran pantai Sarawak manakala Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan kawasan pedalaman Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
DATUK SERI NAJIB: Kerenah bikorasi melibatkan perjalanan darat di antara Malaysia dan Brunei akan diselesaikan tidak lama lagi, - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
PM Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Brunei dari 25 hingga 26 Ogos bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) ke-25 antara Malaysia dan Brunei.