KUALA LUMPUR: Malaysia dengan sektor Elektronik dan Semikonduktor yang kukuh, berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi rakan kongsi bagi India dalam pembangunan kemahiran, pembinaan kapasiti dan kerjasama teknologi, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy.
Reddy berkata, India melihat Malaysia sebagai hab dan entrepot bagi syarikat-syarikat India untuk berkembang ke negara-negara Asia Tenggara yang lain.
India kekal komited untuk memperdalam penglibatan ekonominya dengan Malaysia dan rantau ASEAN secara keseluruhannya.
"Kita perlu berusaha untuk mempercepatkan penubuhan Startup Bridge dua hala, yang akan melengkapkan usaha untuk merealisasikan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 dalam mewujudkan 5,000 startup (syarikat pemula) menjelang tahun 2025.
Reddy berkata, jerayawara itu berlangsung di tengah-tengah dua perkembangan penting - yang pertama adalah kemunculan India Baharu dan kedua, kedudukannya semula dalam landskap ekonomi dan politik global, dengan menumpukan kepada rantau ASEAN yang lebih luas dengan Malaysia sebagai rakan penting.
Reformasi penting yang diperkenalkan sejak tahun 2014 sedang berlaku di India sekali gus menjadikannya ekonomi terbesar kelima di dunia dan dijangka melonjak ke kedudukan ketiga dalam tempoh tiga tahun.
India juga mempunyai pasaran saham keempat terbesar dan merupakan hab ketiga terbesar untuk ekosistem startup (pemula) dan kecerdasan buatan (AI) di peringkat global.
Menurut Reddy, jerayawara itu penting kerana India berusaha untuk memperkukuh perkongsian pelaburan dengan Malaysia untuk dekad yang akan datang. Selain itu, tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 dasar "Act East India".
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata, antara komponen utama Perkongsian Strategik Dipertingkat India-Malaysia adalah untuk meluaskan kerjasama ekonomi untuk faedah bersama, dengan pelaburan dua hala memainkan peranan penting dalam konteks ini.
Beliau berkata, ketika India dan Malaysia berusaha mencapai sasaran sifar karbon, usaha lebih inovatif untuk tenaga hijau dan boleh diperbaharui mesti diterokai.
"Melalui jerayawara ini, kami berhasrat untuk menghimpunkan pemegang kepentingan utama dari kedua-dua negara untuk meneroka peluang perniagaan baharu, menjalin perkongsian dan meningkatkan persefahaman bersama," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Reddy berkata, India melihat Malaysia sebagai hab dan entrepot bagi syarikat-syarikat India untuk berkembang ke negara-negara Asia Tenggara yang lain. - Foto fail
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.