awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Malaysia gesa tindakan lebih kukuh ke arah keamanan di Myanmar - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/06/2025
05:30 MYT
Malaysia gesa tindakan lebih kukuh ke arah keamanan di Myanmar - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada 38th Asia-Pacific Roundtable: Recalibrating Asia’s Frontiers di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota ASEAN untuk mengukuhkan tekad kolektif mereka dalam menangani krisis di Myanmar.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa ASEAN bertindak lebih tegas dan bersatu dalam menangani krisis Myanmar, dengan menekankan keperluan tindakan transformatif, bukan sekadar kenyataan diplomatik.
  • Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, komited menggerakkan semua mekanisme serantau ke arah pengurangan keganasan dan proses damai yang dipimpin Myanmar, serta menyifatkan krisis itu sebagai ujian moral dan kemanusiaan serantau.
  • Anwar menegaskan krisis itu memberi kesan meluas ke negara jiran termasuk isu pelarian Rohingya, dan menyatakan hanya gencatan senjata dan perpaduan ASEAN mampu membawa penyelesaian jangka panjang.

Anwar berkata blok serantau itu mesti bergerak melangkaui sekadar kenyataan semata-mata, dan menyatakan bahawa ia harus bersifat transformatif.
Beliau berkata konflik sivil di Myanmar terus menjadi satu cabaran paling mendesak dan tidak dapat diselesaikan, yang dihadapi Asia Tenggara.
"Dalam menghadapi cabaran ini, cara untuk kita terus melangkah ke hadapan adalah dengan merapatkan barisan dan mengambil tindakan berteraskan perpaduan, supaya ia tidak melemahkan ASEAN sebagai sebuah blok.
"Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menganggap ia mempunyai tanggungjawab yang mendalam untuk menggerakkan setiap mekanisme ASEAN yang berdaya maju, dan bekerjasama dengan semua rakan kongsi ke arah pengurangan keganasan, dan seterusnya, proses damai yang diterajui oleh Myanmar dan milik Myanmar," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-38 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia Datuk Prof Mohd Faiz Abdullah.
Anwar seterusnya menyifatkan kejadian gempa bumi di Myanmar baru-baru ini sebagai satu peringatan jelas, bahawa bencana alam tidak menunggu wujudnya kestabilan apabila berlaku.
"Ini bukan hanya satu lagi krisis kemanusiaan, ia adalah ujian moral untuk kita semua di rantau ini," katanya.
Sementara itu semasa sesi soal jawab di majlis sama, Perdana Menteri berkata adalah memalukan sekiranya ASEAN gagal menganggap krisis Myanmar sebagai tanggungjawab bersama.
"Sudah tentu kita mengalu-alukan bantuan Eropah, Amerika, China atau yang lain, mereka boleh datang dan membantu, tapi ia adalah tanggungjawab ASEAN. Ia adalah tugas segera negara jiran," katanya.
Anwar berkata krisis di Myanmar turut merebak ke negara lain, merujuk kepada isu lebih 200,000 orang Rohingya tanpa kerakyatan yang dilaporkan melarikan diri ke Malaysia, Thailand dan Bangladesh.
"Jadi kita mesti bersuara dan ambil tindakan. Adakah ia mudah? Sudah tentu tidak, ini adalah konflik yang berakar umbi dalam permusuhan dan kebencian yang berpuluh tahun lamanya, tapi tidak ada penyelesaian yang berdaya maju, kecuali gencatan senjata segera dan tamatkan perpecahan dalam kalangan kita," katanya.
Anwar berkata situasi di Myanmar adalah antara isu utama yang dibincangkan secara tidak rasmi dengan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta semasa pertemuan mereka di Putrajaya semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#krisis Myanmar
#Mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami