awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia boleh bekerjasama pastikan kemampanan industri sawit - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2023
11:00 MYT
Malaysia, Indonesia boleh bekerjasama pastikan kemampanan industri sawit - Anwar
Perdana Menteri turut mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalinkan kerjasama dalam pengeluaran tenaga baharu. - Gambar/ Shafizan Johari
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia boleh menjalinkan kerjasama yang mampu mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu, kerjasama itu boleh dilaksanakan bagi memastikan kemampanan industri minyak sawit kerana Malaysia dan Indonesia membekalkan hampir 85 peratus pengeluaran minyak sawit dunia.
Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalinkan kerjasama dalam pengeluaran tenaga baharu.
"Kerjasama yang benar-benar erat, satu strategi bersama umpamanya kelapa sawit, kalau kita ada kesepakatan itu, OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum) dalam kelapa sawit.
"Kemudian dalam renewable energy, itu Indonesia kuat dan Malaysia masih ada kalau kita gabung, kita boleh ke depan," katanya dalam sesi soal jawab selepas Forum Kepimpinan CTCORP.
Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, melakukan Lawatan Negara ke Indonesia selama dua hari bermula Ahad dan ia merupakan lawatan sulung beliau ke luar negara itu, sejak dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas.
Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Indonesia
#kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan