INTERNATIONAL
Malaysia kecam pencerobohan, serangan tentera serta pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa - Hishammuddin

Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan. Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei 2021)
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
"Ramai rakyat Palestin yang tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami