awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Syria, Lubnan

Bernama
Bernama
17/07/2025
14:05 MYT
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Syria, Lubnan
Serangan ke atas Damsyik dan bandar Druze di Syria, serta di Lembah Bekaa di Lubnan disifatkan sebagai pelanggaran nyata terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah kedua-dua negara itu. - Reuters
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis Israel baru-baru ini ke atas Syria dan Lubnan yang disifatkan sebagai pelanggaran nyata terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah kedua-dua negara itu.
Dalam kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata serangan ke atas Damsyik dan bandar Druze di Syria, serta di Lembah Bekaa di Lubnan, merupakan pelanggaran terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
"Serangan itu telah meragut ratusan nyawa, termasuk orang awam.
Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan agresif berterusan rejim Zionis Israel ke atas negara lain yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) agar melaksanakan tanggungjawab seperti termaktub dalam piagam untuk menamatkan kitaran keganasan demi mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu.
Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar mendapatkan bantuan konsul sekiranya perlu.
Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi di talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di [email protected]
Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan pula boleh dihubungi di talian +961 7677 2527 / +961 7138 0063 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di [email protected]
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Malaysia
#serangan Israel
#Syria
#lubnan
#pelanggaran piagam pbb
#undang-undang kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami