awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Pemain bola sepak Argentina meninggal dunia ketika jalani pembedahan lutut
MALAYSIA
MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU
MALAYSIA
Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Malaysia perkukuh kedudukan selaku peneraju industri halal serantau di AHEX 2025

Bernama
Bernama
27/06/2025
20:30 MYT
Sponsor Banner
Malaysia perkukuh kedudukan selaku peneraju industri halal serantau di AHEX 2025
Ahmad Fahmi berkata, penyertaan agensi kerajaan dalam AHEX 25 mencerminkan komitmen kerajaan membuka peluang kepada pemain industri untuk memperluas perniagaan mereka. - Gambar Bernama
PATTANI (Thailand): Penyertaan Malaysia dalam Ekspo Halal ASEAN 2025 (AHEX 25) di Pattani, selatan Thailand, mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memperkukuh kedudukan dalam industri halal serantau
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, AHEX 25 merupakan satu platform strategik mempromosi produk halal dan menjalin kerjasama rentas sempadan antara pengeluar, pengedar dan pembeli dari seluruh negara ASEAN.
Beliau berkata, sebanyak 30 syarikat Malaysia menyertai ekspo di ASEAN Mall di sini bermula dari 25 hingga 29 Jun.
"AHEX 25 merupakan satu platform strategik yang menyatukan potensi ekonomi, budaya, dan nilai bersama dalam dunia halal," katanya selepas majlis perasmian AHEX 25.
Ahmad Fahmi berkata, penyertaan agensi kerajaan dalam AHEX 25 mencerminkan komitmen kerajaan membuka peluang kepada pemain industri untuk memperluas perniagaan mereka.
Agensi seperti Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Pejabat Pertanian Malaysia di Bangkok di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuhkan eksport halal negara, katanya.
Sementara itu, Pengarah ASEAN Mall Pattani dan Presiden Uniti Asia Group, Datuk Jamal Mohd Amin, berkata, hampir 100 syarikat dari seluruh ASEAN menyertai ekspo kali ini.
"Nilai potensi transaksi hasil padanan perniagaan sepanjang ekspo ini dianggarkan mencecah 20 juta baht," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#AHEX 25
#FAMA
#Halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami