KUALA LUMPUR: Malaysia perlu lihat kerajaan Taliban di Kabul daripada sudut pandangan baharu dan tidak lagi perlu pesimistik akan masa depan Afghanistan, kata mantan duta khas ke Afghanistan Datuk Seri Zainal Abidin Mahamad Zain.
"Ia satu senario yang berlainan pada hari ini, situasi berlainan, warga Afghanistan telah banyak berubah dan lebih ramai daripada mereka berilmu hari ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Zainal Abidin, 71, dilantik sebagai duta khas ke negara itu dari 2010 hingga 2014 oleh mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada lewat 1970-an beliau pernah berkhidmat di kedutaan Malaysian di Iran yang turut menguruskan hal ehwal diplomasi dengan Afghanistan.
Malaysia, sebelum ini, banyak menyumbangkan kepada negara-negara yang menyaksikan kemusnahan besar akibat peperangan, khasnya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
"Kita menyediakan biasiswa kepada golongan muda meneruskan pengajian tinggi serta latihan bidang teknikal di pelbagai institusi di Malaysia," kata Zainal Abidin, yang merupakan antara pegawai kementerian luar yang pernah membantu warga Malaysia yang terlibat dalam krisis di luar negara.
Dasar-dasar yang saling menguntungkan perlu diwujudkan seperti yang dilakukan dengan negara-negara lain sebelum ini, khasnya dengan bekerjasama bersama kuasa-kuasa besar.
Beliau memberi contoh aktiviti penerokaan petroleum di Sudan melalui usahasama PETRONAS dengan China National Petroleum Corporation, di mana kerjasama lebih kurang sama boleh diwujudkan untuk meneroka bersama sumber-sumber asli seperti lithium dan gangsa di Afghanistan.
Sementara itu, satu perspektif menarik diutarakan oleh Pengerusi Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof. Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.
Menurut beliau situasi di Afghanistan kini menawarkan peluang untuk menubuhkan sistem ekonomi berasaskan kepada wakaf.
Krisis ekonomi dan kewangan yang dilaporkan, selain tragedi kemanusiaan melibatkan penduduknya menunjukkan kelemahan dalam kelestarian sistem sedia ada.
"Oleh itu terdapat keperluan untuk melihat melampaui institusi kewangan tradisional, serta model-model ekonomi untuk membentuk satu sistem yang lestari dan saksama yang akan menguntungkan semua lapisan masyarakat," kata Prof. Ahamed.
Model ekonomi wakaf yang diamalkan di Asia Tenggara boleh dilaksanakan di Afghanistan.
Prof Ahamed menambah kata walaupun Malaysia masih belum dapat mengiktiraf kerajaan baharu Taliban, persiapan perlu dilakukan bermula sekarang "supaya kita bersedia untuk membantu satu lagi negara membangun seperti Afghanistan".
"Rakyat Malaysia yang mahu meneroka peluang-peluang di Afghanistan harus digalak berangkat ke Kabul," kata Prof Ahamed.
Bagaimanapun, pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya, berkata kini bukan masanya bagi pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk membantu Afghanistan.
"Kita perlu tunggu dan lihat perkembangan di situ, sama ada Taliban telah mengubah cara mereka mentadbir negara mereka," kata Aminuddin.
PEMBELA merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam yang memainklan peranan semak dan imbang sejak 2006.
---BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Dasar-dasar yang saling menguntungkan perlu diwujudkan seperti yang dilakukan dengan negara-negara lain sebelum ini, khasnya dengan bekerjasama bersama kuasa-kuasa besar. - Gambar fail/Reuters
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.