GEORGE TOWN: Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tambahan bantuan untuk Palestin itu, boleh dilakukan kerana kerajaan masih mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian.
"(Adakah ada tambahan bantuan) Insya-Allah, kita akan bantu sebab masih ada peruntukan, queue banyak ratus lori (untuk bantuan), jadi biar clear dulu, (supaya) pengedaran (bantuan) lebih teratur," katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di Bayan Lepas di sini, hari ini.
Hari ini media melaporkan pengumuman pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang menyatakan Israel akan membenarkan penghantaran 'bantuan sementara' melalui sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pada masa ini misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia sememangnya sudah bersiap sedia di sempadan Rafah.
"(Berapa jumlah nilai bantuan Malaysia yang tersedia) Saya tak ingat tetapi tiga, empat kali dah. Dua kali saya minta Presiden (Mesir) Abdel Fattah El-Sisi dan dua minggu lalu dia bantu percepatkan, dan kali ketiga dah sampai, tetapi sekarang ini yang standby masih ada," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan Solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara itu.
Anwar dan jemaah lain mendengar khutbah disampaikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, sebelum menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan Imam masjid itu Syaraafat Yaacob.
Selepas solat Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
Anwar dijadualkan menghadiri taklimat pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini, sebelum ke Program Bubuk Lambuk Madani di Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam dan meninjau Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya serta Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri di UiTM Pulau Pinang, dalam lawatannya ke negeri itu hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Anwar bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara hari ini. - Gambar/ Bernama
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.