Skip to main content

Dunia

Malaysia sokong usaha diplomasi Indonesia redakan konflik Iran-Israel - PM Anwar

Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semalam, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, termasuk konflik Iran-Israel.  Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat.
Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan antara yang dibincangkan sewaktu perbualan telefon beliau bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, semalam. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi Indonesia dalam meredakan konflik Iran-Israel bagi memastikan ketegangan dapat diredakan dan nyawa orang awam dilindungi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha Jakarta itu juga diharap dapat membuka ruang rundingan yang bermakna ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan di Asia Barat.

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan antara yang dibincangkan sewaktu perbualan telefon beliau bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, semalam.

"Kami berdua bersama-sama menggesa kepada keamanan dan saya memaklum Presiden Prabowo bahawa Malaysia menyokong segala usaha yang menjurus ke arah perdamaian dan penyelesaian konflik tersebut," kata beliau. 

Selain isu serantau dan antarabangsa, Anwar berkata beliau dan Prabowo turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara.

"Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat," kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video