awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia for Syria kecam serangan terhadap hospital korbankan 18 orang awam

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
14/06/2021
15:55 MYT
Malaysia for Syria kecam serangan terhadap hospital korbankan 18 orang awam
Selain kehilangan nyawa, serangan turut mengakibatkan puluhan orang awam cedera parah manakala beberapa fasiliti di dalam hospital tersebut musnah. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Malaysia for Syria (MFS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah hospital di utara Syria yang mengorbankan 18 nyawa orang awam termasuk pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan, pada hujung minggu.
Dalam satu kenyataan di sini, pertubuhan berkenaan mengecam tindakan kejam pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Serangan ini disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan kerana melanggar hak asasi manusia dengan menyerang hospital, kawasan yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa," tegas kenyataan itu.
Selain kehilangan nyawa, serangan turut mengakibatkan puluhan orang awam cedera parah manakala beberapa fasiliti di dalam hospital tersebut musnah.
"MFS menegaskan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh berdiam diri atas insiden yang berlaku, serta perlu bertindak tegas dengan melakukan siasatan terperinci di atas pencabulan hak asasi manusia, seterusnya mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab agar dapat dbawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.
MSF meminta semua pihak mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254 (2015) dan berharap pihak yang terlibat dapat memperbaharui komitmen mereka dengan menghentikan permusuhan sekali gus mewujudkan mekanisme akauntabiliti.
Konflik berterusan di Syria sejak 2011 telah menyebabkan lebih setengah juta kematian dan jutaan lagi penduduk terpaksa menjadi pelarian.
Topic Berkaitan
#Syria
#serangan
#Hospital
#orang awam
#terkorban
#18 maut
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan