NEW DELHI: Maldives, Sri Lanka dan Pakistan telah memperbaharui sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin dalam sempadan sebelum 1967 ketika konflik Arab-Israel semakin meningkat.
Kerajaan Maldives dalam satu kenyataan mengulangi pendiriannya bahawa "keamanan yang berkekalan di Asia Barat hanya boleh dicapai melalui penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin."
Ia menyeru pelaksanaan penuh resolusi Majlis Keselamatan "yang telah mengisytiharkan batal dan tidak sah pendudukan Palestin dan pengilhakan Kota Suci Baitulmaqdis."
Wilayah Arab yang diduduki oleh Israel dalam perang 1967 termasuk Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
"Sri Lanka kekal komited untuk menyokong penyelesaian yang dirundingkan selaras dengan parameter yang dipersetujui antarabangsa bagi dua negara yang tinggal bersebelahan berdasarkan sempadan 1967," kata Kementerian Luar Sri Lanka.
Kerajaan sementara Afghanistan menyalahkan pencabulan hak Palestin oleh Israel sebagai punca peningkatan terbaharu dalam konflik selama 75 tahun dan meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membantu rakyat Palestin.
Pakistan dalam satu kenyataan menyeru masyarakat dunia untuk bersama-sama menamatkan permusuhan dan untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Asia Barat.
"Negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan bersempadan harus ditubuhkan berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Al Quds Al Sharif (Baitulmaqdis) sebagai ibu negaranya," katanya.
Negara-negara itu melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan keganasan yang mengorbankan ratusan orang di Israel dan Palestin pada Sabtu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengumpulkan tenteranya untuk berperang dan telah mengancam untuk menukar Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel selama 16 tahun, menjadi "pulau terbiar" selepas pejuang Palestin melakukan serangan di negara Yahudi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Maldives menyeru pelaksanaan penuh resolusi Majlis Keselamatan PBB "yang telah mengisytiharkan batal dan tidak sah pendudukan Palestin dan pengilhakan Kota Suci Baitulmaqdis." - Gambar fail/Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Misi penubuhan negara Palestin oleh PBB gagal - Abbas
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal membantu menubuhkan sebuah negara Palestin.
Maldives, Sri Lanka, Pakistan sokong negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967
Maldives, Sri Lanka dan Pakistan telah memperbaharui sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin dalam sempadan sebelum 1967.