awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mamba Forever' - Kobe Bryant ibarat adik - Michael Jordan

Nailah Huda
Nailah Huda
27/01/2020
02:06 MYT
'Mamba Forever' - Kobe Bryant ibarat adik - Michael Jordan
Bunga yang ditinggalkan oleh peminat di Staples Center pada 26 Januari 2020, susulan berita kematian lagenda Los Angeles Lakers Kobe Bryant di California. Foto - REUTERS.
Pemergian legenda bola keranjang Amerika Syarikat Kobe Bryant amat dirasai oleh peminat seluruh dunia termasuk ikon-ikon sukan itu dalam penghormatan yang membanjiri media sosial.
Antaranya bintang National Basketball Association (NBA) Michael Jordan yang menggambarkan Kobe seperti adiknya sendiri.
“Kata-kata tidak dapat mengungkap kesakitan yang saya rasakan. Saya cukup sayang Kobe - dia seperti adik saya,” kata Michael dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh pengurusnya di Twitter.
Statement from Michael Jordan: pic.twitter.com/oI7w6e7HLI
— Estee Portnoy (@esteep) January 26, 2020
Pihak polis masih belum mendedahkan identiti lapan mangsa lain dalam nahas helikopter di Calabasas, California itu.
Namun, media tempatan melaporkan anaknya, Gianna Bryant turut terkorban dalam tragedi berkenaan.
Di laman sosial Twitter, bekas bintang Lakers, Earvin Magic Johnson memberi penghormatannya kepada Kobe.
“Rakan, legenda, suami, bapa, anak, abang, pemenang Oscar dan pemain Lakers terunggul telah pergi. Adalah sukar untuk menerimanya. Kobe adalah pemimpin dalam permainan kita, mentor kepada pemain lelaki serta wanita,” kata Earvin.
“Dia merupakan seorang ikon yang turut banyak menyumbang kepada pasukan LA. Dia sungguh berminat membantu golongan yang tiada tempat tinggal dan penyokong tegar bola keranjang untuk wanita.
“Melatih pasukan bola keranjang anak perempuannya membawa kebahagiaan kepadanya.”
He gave his knowledge, time, and talent to tutor so many at the youth level, collegiate level, & NBA & WNBA players. Words cant express the impact that he had on the game of basketball. I know basketball fans all over the world will miss him, especially the City of Los Angeles. pic.twitter.com/ZoB3Uwbvzk
— Earvin Magic Johnson (@MagicJohnson) January 26, 2020
Kareem Abdul-Jabbar, ikon Lakers pula memperingati Kobe dan seluruh keluarganya dalam satu video yang dimuat naik pada akaun Twitternya.
Most people will remember Kobe as the magnificent athlete who inspired a whole generation of basketball players. But I will always remember him as a man who was much more than an athlete. pic.twitter.com/9EZuwk8wrV
— Kareem Abdul-Jabbar (@kaj33) January 26, 2020
Anugerah Grammy pada malam Ahad waktu tempatan dimulakan dengan penghormatan buat Kobe sekeluarga apabila hadirin bertafakur seketika.
“Kami semua merasakan kesedihan kerana awal hari ini, Los Angeles, Amerika, dan seluruh dunia kehilangan seorang wira,” kata pengacara anugerah itu, Alicia Keys.
Alicia kemudiannya mendendangkan sebuah lagu diiringi oleh Boyz II Men bagi memperingati bintang itu.
"We love you Kobe." @aliciakeys and Boyz II Men sing in tribute to Kobe Bryant and his family at the opening of the #Grammys https://t.co/kk0nIau0ee pic.twitter.com/v3KpXSkvyW
— The Hollywood Reporter (@THR) January 27, 2020
Di Staples Center, penyokong mula memenuhi kawasan luar arena tersebut, menurut video yang dimuat naik oleh penganalisis ESPN, Chiney Ogwumike.
I cant even believe this is real... right now outside Staples. pic.twitter.com/yuunIbG2Ms
— Chiney Ogwumike (@Chiney321) January 26, 2020
Bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pula meluahkan rasa dukacita atas kehilangan Gianna, yang amat dirasai beliau dan isteri Michelle sebagai ibu bapa.
Kobe was a legend on the court and just getting started in what would have been just as meaningful a second act. To lose Gianna is even more heartbreaking to us as parents. Michelle and I send love and prayers to Vanessa and the entire Bryant family on an unthinkable day.
— Barack Obama (@BarackObama) January 26, 2020
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, yang merupakan seorang peminat tegar bola keranjang juga meluahkan perasaan sedih atas pemergian Kobe.
Menurut muat naiknya di Twitter, beliau akan sentiasa mengingati permainan legenda Kobe.
I'm shocked & very very sad. RIP LEGEND. Will always remember watching your games, esp d last one. https://t.co/hnGXm3v96U
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 26, 2020
Pihak polis Los Angeles dalam kenyataan mereka mengesahkan senarai penumpang penerbangan itu menunjukkan bahawa terdapat sembilan orang dalam helikopter tersebut - seorang juruterbang dan lapan penumpang.
“Walau bagaimanapun, ia adalah tidak wajar sama sekali ketika ini untuk mendedahkan nama sesiapa sehingga koroner membuat pengenalan mengikut proses dan telah memaklumkan kepada waris yang terdekat,” kata Sherif Los Angeles Alex Villanueva.
Juara NBA lima kali itu beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun dan bersara pada April 2016.
Pencapaian terbaik Bryant dalam arena sukan adalah apabila diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) pada 2008.
Bryant pernah merangkul Oscar untuk filem animasi pendek 'Dear Basketball' pada 2018.
Topic Berkaitan
#Alicia Keys
#California
#Gianna Bryant
#Grammy
#Kobe Bryant
#Lakers
#Los Angeles
#magic johnson
#Michael Jordan
#nahas helikopter
#Obama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan