awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kes kusta di Kelantan meningkat, 16 kes direkod sejak 2023
MALAYSIA
Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti
MALAYSIA
Wanita didakwa muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Mangsa tunggal terselamat nahas Air India pikul keranda abang

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
01:20 MYT
Mangsa tunggal terselamat nahas Air India pikul keranda abang
Ramesh - dengan lengan dan wajah masih berbalut - memikul keranda abangnya bersama ahli keluarga lain, termasuk ibu mereka. - Foto X/@CentennialMan
DIU: Vishwash Kumar Ramesh, satu-satunya penumpang yang terselamat dalam nahas pesawat Air India minggu lalu, menghadiri upacara pengebumian abangnya, Ajay, dengan memikul sendiri keranda mendiang dalam suasana penuh pilu di bandar Diu, India barat.
Ramesh, 40, seorang warganegara Britain keturunan India, baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas lima hari menerima rawatan akibat kecederaan dalam nahas tragik yang mengorbankan sekurang-kurangnya 270 nyawa.
Beliau dilaporkan duduk di tempat 11A, hanya beberapa baris dari tempat duduk abangnya, ketika pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas sejurus berlepas dari Ahmedabad menuju ke London pada 12 Jun.
Dalam suasana hujan renyai, Ramesh - dengan lengan dan wajah masih berbalut - memikul keranda abangnya bersama ahli keluarga lain, termasuk ibu mereka yang berjalan di sisi dalam pakaian sari biru.
Diu kehilangan sekurang-kurangnya 14 penduduk dalam nahas tersebut, dan ratusan penduduk tempatan hadir memberikan penghormatan terakhir.
Menurut laporan, Ramesh cuba kembali ke bangkai pesawat yang sedang terbakar untuk mencari abangnya sebelum diselamatkan oleh petugas kecemasan.
Rakaman video menunjukkan beliau dibimbing keluar dari lokasi nahas oleh seorang pemandu ambulans, dengan asap tebal dan api marak di belakangnya.
“Saya tidak tahu bagaimana saya terselamat,” katanya kepada media tempatan.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Bila saya sedar, saya hanya nampak mayat di sekeliling saya.”
Air India menyatakan bahawa mereka masih dalam tempoh berkabung dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk menyiasat punca nahas.
Syarikat itu turut mengurangkan perkhidmatan pesawat badan lebar sebanyak 15 peratus sehingga pertengahan Julai bagi memastikan kestabilan operasi.
Topic Berkaitan
#Air India
#Vishwash Kumar Ramesh
#keranda
#abang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami