PERUBAHAN iklim yang berlaku secara drastik telah mengakibatkan tikus kecil berwarna coklat, atau nama saintifiknya Bramble Cay Melomys, menjadi habitat mamalia pertama pupus akibat daripada perbuatan manusia, menurut kerajaan Australia.

Melomys yang hanya terdapat di kepulauan kecil Australia Utara di Kawasan Great Barrier Reef, tidak lagi kelihatan sejak 10 tahun yang lalu.

Menurut laporan daripada Queensland University pada 2016, habitat itu telah diancam kepupusan apabila langkah pemuliharaan tidak lagi berjaya dilakukan.

Perkara ini berlaku akibat daripada paras air laut yang meningkat secara mendadak dan mendorong kepada kehilangan habitat yang ketara.

Kritikan terhadap usaha Australia dalam memulihara habitat melomys terbukti apabila bilangannya menurun secara mendadak pada 1992 berbanding pada 1970.

Akibatnya, Queensland telah mengkelaskan spesies itu sebagai kumpulan yang terancam.