awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah teknikal selesai sebelum pesawat berlepas - Lion Air

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2018
23:23 MYT
Masalah teknikal selesai sebelum pesawat berlepas - Lion Air
Edward Sirait bercakap kepada media susulan kejadian pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang di pusat operasi syarikat itu dekat Jakarta, 29 Okt, 2018. REUTERS
Presiden Lion Air, Edward Sirait, menolak dakwaan pesawat Boeing 737 MAX 8 yang terhempas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat, dalam kejadian pagi Isnin, menghadapi masalah teknikal.
Katanya, masalah yang dihadapi pesawat Lion Air JT610 itu sebelum berlepas telah dibaiki mengikut prosedur yang ditetapkan pengeluar.
"Pesawat ini kali terakhir terbang dari Denpasar ke Cengkareng (Jakarta).
"Memang ada laporan berhubung isu teknikal, namun ia telah diselesaikan mengikut prosedur yang dikeluarkan syarikat pengeluar pesawat (Boeing)," katanya pada Isnin.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu, yang membawa 189 penumpang termasuk dua juruterbang dan enam anak kapal.
Katanya, Lion telah mengendalikan 11 pesawat model yang sama dan pesawat-pesawat lain tidak mempunyai masalah teknikal yang sama.
Tambahnya, pihaknya setakat ini tidak bercadang untuk menghentikan operasi pesawat Boeing 737 Max 8 yang lain.
Topic Berkaitan
#baiki
#Edward Sirait
#Lion Air
#masalah
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan