awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid lindungi rakyat Ukraine diserang Rusia - Kementerian Luar Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2022
11:15 MYT
Masjid lindungi rakyat Ukraine diserang Rusia - Kementerian Luar Ukraine
Lebih 80 dewasa dan kanak-kanak termasuk warga Turki sedang berlindung di Masjid Sultan Suleiman. Foto - Twitter Kementerian Luar Ukraine
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Ukraine memaklumkan bahawa sebuah masjid di bandar pelabuhan Mariupol di selatan Ukraine terkena serangan tentera Rusia.
Menurut kementerian itu menerusi Twitter, lebih 80 dewasa dan kanak-kanak termasuk warga Turki sedang berlindung di Masjid Sultan Suleiman.
Sebelum ini, Ukraine menuduh tentera Rusia tidak membenarkan orang awam berpindah keluar dari Mariupol secara selamat.
The mosque of Sultan Suleiman the Magnificent and his wife Roxolana (Hurrem Sultan) in Mariupol was shelled by Russian invaders. More than 80 adults and children are hiding there from the shelling, including citizens of Turkey. #StopRussianAggression#closeUAskyNOW pic.twitter.com/Uel5AoyZUt
— MFA of Ukraine (@MFA_Ukraine) March 12, 2022
Sehingga kini, beratus ribu lagi orang awam dilaporkan masih terperangkap di bandar itu tanpa bekalan air, makanan dan tenaga.
Rusia pula menuduh Ukraine telah gagal untuk memindah keluar rakyatnya dari bandar berkenaan.
“Masjid Sultan Suleiman dan isterinya Roxolana (Hurrem Sultan) di Mariupol dibedil dengan meriam penceroboh Rusia.
“Lebih 80 dewasa dan kanak-kanak sedang bersembunyi di masjid itu daripada serangan meriam, termasuk warga Turki,” menurut kementerian itu.
Kementerian itu bagaimanapun tidak memaklumkan mengenai sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat serangan tersebut.
Moscow sebelum ini menafikan pihaknya menyerang kawasan orang awam dan bertegas bahawa tenteranya menjalankan operasi ketenteraan khas di Ukraine.
Topic Berkaitan
#masjid
#Ukraine
#Rusia
#serang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan