awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dipercayai tebusan tiba di institut forensik Israel untuk pengecaman

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2025
23:20 MYT
Mayat dipercayai tebusan tiba di institut forensik Israel untuk pengecaman
Mayat itu diserahkan oleh Hamas melalui Palang Merah Antarabangsa dalam pertukaran yang dimeterai pada Oktober lalu. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Sebuah konvoi membawa mayat yang dipercayai milik salah seorang tebusan yang terbunuh dalam konflik Gaza-Israel telah tiba di Institut Forensik Kebangsaan Abu Kabir di Tel Aviv pada Selasa, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel.

Ringkasan AI
  • Konvoi membawa mayat yang dipercayai milik salah seorang tebusan konflik Gaza-Israel tiba di Institut Forensik Kebangsaan Tel Aviv.
  • Mayat itu diserahkan oleh Hamas melalui Palang Merah Antarabangsa dalam pertukaran yang dimeterai pada Oktober lalu.
  • Israel akan menjalani ujian forensik terhadap mayat tersebut bagi tujuan pengesahan rasmi identiti.

Mayat tersebut diserahkan oleh kumpulan Hamas kepada pihak berkuasa Israel melalui perantara Palang Merah Antarabangsa, sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang dimeterai pada Oktober lalu.
Israel berkata, apa yang disifatkan sebagai “penemuan” itu, akan menjalani ujian forensik bagi tujuan pengecaman rasmi.
Rakaman media tempatan menunjukkan konvoi kenderaan tentera memasuki kawasan institut forensik, diiringi kawalan ketat pasukan keselamatan.
Jika disahkan, mayat itu dipercayai milik salah seorang daripada dua tebusan yang masih belum dikembalikan, seorang pegawai polis Israel dan seorang warga Thailand yang diculik semasa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Di bawah perjanjian terdahulu, Hamas telah membebaskan 20 tebusan yang masih hidup sebagai pertukaran kepada hampir 2,000 tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel.
Namun, beberapa tebusan dilaporkan terbunuh semasa dalam tahanan, dan usaha untuk mendapatkan semula mayat mereka masih berterusan.
Pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai identiti mayat tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mayat tebusan
#Israel
#Hamas
#Palang Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami