awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meghan Markle menang saman ke atas tabloid UK

Agensi
Agensi
12/02/2021
00:25 MYT
Meghan Markle menang saman ke atas tabloid UK
Hakim menyifatkan Markle mempunyai sebab munasabah untuk menyifatkan kandungan surat itu sebagai rahsia peribadi. - REUTERS
SEBUAH tabloid Inggeris didapati bersalah menyerang privasi isteri Putera Harry, Meghan Markle apabila menerbitkan surat yang ditulis kepada ayahnya.
Duchess of Sussex itu sebelum ini bertindak menyaman Associated Newspapers, syarikat yang menerbitkan Daily Mail, selepas mereka menerbitkan sebahagian nota tulisan tangan yang dikirim kepada bapanya, Thomas Markle pada Ogos 2018.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mark Warby berpihak kepada Markle atas alasan bekas aktres itu mempunyai sebab munasabah untuk menyifatkan kandungan surat itu sebagai rahsia peribadi.
Warby memutuskan bahawa akhbar berkenaan telah melanggar hak cipta dan menyalah gunakan maklumat peribadi Markle.
"Ini kemenangan untuk hak peribadi dan hak cipta, kemenangan untuk kita semua," kata Markle seperti yang dilaporkan media antarabangsa.
Bekas pelakon siri Suits itu berterima kasih atas keputusan tersebut, dan menyifatkan ia "satu hukuman kepada penerbit atas cara tidak berperikemanusiaan mereka".
Topic Berkaitan
#Meghan Markle
#saman
#mahkamah
#Daily Mail
#tabloid
#Associated Newspapers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan